عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ:
كُنْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ ﷺ فَجَاءَ رَجُلٌ مِنَ الْأَنْصَارِ، فَسَلَّمَ عَلَى النَّبِيِّ ﷺ ثُمَّ قَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَيُّ الْمُؤْمِنِينَ أَفْضَلُ؟
قَالَ: «أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا».
قَالَ: فَأَيُّ الْمُؤْمِنِينَ أَكْيَسُ؟
قَالَ: «أَكْثَرُهُمْ لِلْمَوْتِ ذِكْرًا، وَأَحْسَنُهُمْ لِمَا بَعْدَهُ اسْتِعْدَادًا، أُولَئِكَ الأَكْيَاسُ»
📚 Hadis Riwayat Ibn Majah (no. 4259)
Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata:
“Aku bersama Rasulullah ﷺ, lalu datang seorang lelaki Ansar memberi salam dan bertanya:
‘Wahai Rasulullah, siapakah antara orang beriman yang paling utama?’
Baginda menjawab: Orang yang paling baik akhlaknya.
Lelaki itu bertanya lagi:
‘Siapakah antara orang beriman yang paling cerdik (paling bijak)?’
Baginda bersabda:
Orang yang paling banyak mengingati mati dan paling bersedia menghadapi apa yang datang selepasnya. Mereka itulah orang-orang yang paling cerdik.”
Hadis ni nampak macam “simple”, tapi kalau kita fikir betul-betul — Rasulullah ﷺ redefine makna “cerdik”.
Selalunya bila orang sebut “cerdik”, kita terbayang orang yang banyak A, pandai hujah, petah bercakap, atau otak matematik dia ligat.
Tapi Nabi SAW kata, orang paling cerdik ialah yang paling banyak ingat mati.
Rare, kan?
Kenapa begitu?
Sebab orang yang selalu ingat mati ni, dia hidup dengan kesedaran.
Dia tak lalai.
Dia tahu dunia ni sementara, jadi setiap minit dia nak buat benda yang ada return di akhirat.
Kalau orang lain fikir “macam mana nak hidup lama”, dia fikir “macam mana nak hidup bermakna”.
Kalau pelajar, dia bukan sekadar nak A dalam SPM — dia nak A dalam akhirat.
Kalau usahawan, bukan sekadar kejar untung — tapi nak sedekah banyak sebab tahu akaun akhirat lagi real daripada akaun bank.
Kalau ayah atau ibu, dia didik anak bukan sekadar nak anak berjaya dunia, tapi nak anak jadi saham pahala bila dia dah “check-out” nanti.
Orang yang ingat mati bukan murung.
Dia sebenarnya hidup paling tenang sebab dah “ready”.
Macam orang nak exam — siapa yang dah study, dia tak cuak.
Siapa yang tak study, baru kalut.
Begitulah mati.
Rasulullah ﷺ bagi clue — orang yang bijak ni bukan yang tahu banyak benda, tapi yang bersedia untuk benda paling pasti: kematian.
Imam al-Ghazali berkata dalam Ihya’ ‘Ulum al-Din:
“Cukuplah kematian sebagai penasihat dan peringatan bagi mereka yang berakal.”
Ibaratnya, kalau hati kita keras, kenangan tentang kematian ni macam air sejuk yang siram bara ego kita.
Ia buat kita lembut, buat kita sedar — dunia ni cuma pit stop sebelum destinasi kekal.
Jadi kalau kau nak jadi orang paling “smart” ikut definisi Rasulullah ﷺ,
bukan sekadar hafal formula atau pandai coding —
tapi belajar mengingati mati setiap hari,
bukan untuk takut, tapi untuk bersedia.
Sebab bila ingat mati,
hidup jadi lebih fokus, lebih tenang, dan lebih bernilai.
Sinopsis Buku Motivasi: Musafir ke 7 Destinasi
Buku Musafir ke 7 Destinasi membawa pembaca menyelusuri satu perjalanan agung sebuah Pengembaraan roh manusia sejak terciptanya di alam azali hingga ke destinasi terakhir. Sama ada di syurga atau neraka.
Setiap destinasi yang dilalui bukan sekadar kisah misteri selepas kematian tetapi cermin kehidupan yang mengingatkan kita tentang asal-usul, tujuan, dan kesudahan hidup ini.
Buku ini menghimpunkan 7 destinasi roh manusia:
Alam Azali – saat roh bersaksi bahawa Allah adalah Tuhan.
Alam Rahim – perjalanan dalam rahim ibu, tempat pembentukan takdir.
Alam Dunia – pentas ujian amal dan ketaatan.
Alam Barzakh – persinggahan panjang menanti kebangkitan.
Padang Mahsyar – hari perhitungan dan penentuan nasib abadi.
Titian Sirat – jambatan halus yang memisahkan syurga dan neraka.
Syurga atau Neraka – destinasi akhir yang kekal selamanya.
Setiap bab diperkukuh dengan dalil al-Quran dan hadis dalam teks arab dan terjemahan. Penjelasan dari para ulama seperti Imam al-Ghazali, Ibn al-Qayyim dan al-Qurtubi. Gaya bahasanya mudah difahami, menyentuh hati dan mengajak pembaca merenung hakikat kehidupan sebenar bahawa kita semua sedang bermusafir pulang kepada Allah.
Buku ini amat sesuai dijadikan bahan tazkirah diri, bahan pengisian rohani dan bacaan motivasi pelajar. Semoga penghayatan terhadap setiap destinasi ini menyalakan kesedaran bahawa hidup di dunia hanyalah persinggahan sementara. Dan matlamat sebenar kita ialah kembali kepada Allah dengan jiwa yang tenang dan diredaiNya.