PUSTAKA DAMAI MTT merupakan sebuah syarikat penerbitan buku di bawah kendalian YAKEP. Ia mula diasaskan oleh Allahyarham Dr. Mohd Hamdan bin Muhammad pada tahun 2012. Sebanyak 34 judul buku telah dicetak untuk diterbitkan.
Seiring dengan perkembangan bahan bacaan. Kami kini mengorak langkah ke arah penerbitan eBook sebagai medium dakwah secara digital yang lebih luas dan mudah diakses.
Alhamdulillah, sebagai permulaan, kami telah berjaya menghasilkan eBook pertama bertajuk “Pahlawan Subuh”, sebuah karya motivasi khas untuk remaja.
Insya-Allah, dengan sokongan padu daripada tuan/puan, kami berhasrat untuk terus menerbitkan lebih banyak eBook dalam pelbagai cabang ilmu pada masa akan datang.
Setiap sumbangan infaq daripada tuan/puan akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi memperkasa bidang keilmuan , kebajikan guru, kakitangan (AKP) dan para pelajar di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman.
Menghasilkan pelbagai buku keilmuan bercetak dan secara digital
Menghasilkan bahan bacaan berbentuk buku agama, motivasi pelajar , Praktis Kosa Kata Al Quran yang boleh digunakan sebagai teks kuliah, rujukan bahan pengajian serta bacaan umum masyarakat.
Melahirkan penulis dalam kalangan pelajar Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah (MTT)
Memberi bimbingan dan ruang kepada pelajar MTT untuk menulis, berkarya serta menyumbang idea dalam dunia penerbitan Islamik sebagai generasi pewaris ilmu.
Menyertai jaringan affiliate keilmuan
Menjalin kerjasama dengan penerbit dan organisasi ilmu bagi memperkukuh jaringan dakwah, penulisan dan penerbitan Islam yang berimpak luas.