Sinopsis Cita-Cita dan Kerjaya
Buku Cita-Cita dan Kerjaya ini ditulis khas untuk para pelajar yang ingin mencari arah dan tujuan kerjaya. Ia bukan sekadar buku motivasi biasa tetapi panduan menyeluruh untuk membantu remaja merancang masa depan mereka . ianya bermula daripada minat, bakat dan hobi. Sehinggalah kepada pemilihan aliran pengajian dan kerjaya impian.
Buku ini membawa pembaca menelusuri perjalanan mengenal diri sendiri . Apa yang mereka suka lakukan. Apa kelebihan yang Allah anugerahkan dan bagaimana potensi itu boleh disusun menjadi laluan masa depan yang bermakna. Pelbagai contoh hobi dan minat remaja masa kini seperti sukan, seni digital, memasak, bertani, berniaga, dan menghafaz al-Quran dikupas dengan gaya santai, mudah difahami dan penuh inspirasi.
Seterusnya, buku ini memandu pembaca memilih aliran pengajian di sekolah menengah yang sesuai . Sama ada memilih akademik, TVET, tahfiz, sukan atau aliran agama. Kemudian diikuti dengan pemilihan kursus di universiti atau kolej yang bertepatan dengan cita-cita mereka. Diselitkan juga kisah-kisah inspirasi pelajar yang berjaya menjadikan minat mereka sebagai kerjaya yang membawa manfaat kepada masyarakat.
Menariknya, di penghujung buku ini, pembaca dibimbing untuk melihat bahawa kerjaya bukan sekadar sumber rezeki dunia tetapi jalan menuju reda Allah. Buku ini menekankan konsep “kerjaya sebagai ibadah” . Di mana setiap profesion boleh menjadi medan dakwah dan khidmat kepada umat. Doktor yang menyembuhkan pesakit, guru yang mendidik generasi, jurutera yang membina kemudahan ummah dan usahawan yang membantu ekonomi Islam. Semuanya adalah kader dakwah dengan peranan masing-masing.
Akhirnya, Cita-Cita dan Kerjaya mengajak pembaca berfikir bahawa kejayaan sebenar bukanlah hanya memiliki kereta mewah dan pangkat tinggi tetapi apabila kerjaya kita menjadi jambatan menuju akhirat. Inilah buku yang menyatukan dunia dan akhirat dalam satu panduan hidup. Agar setiap langkah pelajar bukan sekadar mengejar cita-cita, tetapi membina makna pada setiap usaha menuju redha Ilahi.
BAB: 1 hingga 4
BAB: 5 hingga 9